Sunday 31 March 2013

Pencuci Muka

                                                     
HAHA. Aku tak pernah pakai pun yang Pencuci Muka Safi Mentimun. Pernah jugak , itu pun Aku pakai yang adik Aku punya. Tapi ini bukan pencuci muka first yang Aku guna, but ini pencuci muka first yang Mak Sedara Aku rekomen kan kat Aku .Tapi Aku tak pakai pun masa tuu. Aku pakai masa tingkatan 2 dan sampai sekarang. But itu bukan Aku punya. Aku cilok yang adik Aku punya sebab Aku saja nak try kat muka.. Kenapa? Sebab masa dia rekomen tu, Aku baru darjah 5 yaa. Dan masa tuu Aku tak der jerawat lagi. Yang Aku komen ni berdasarkan kulit Aku sebab Aku dah try. Kulit orang lain Aku tak tahu. Nak tahu try sendiri.

1) Review pasal Pencuci Muka Safi Mentimun hijau.

>first pakai dia rasa tak berminyak
>bau dia macam bau mentimun, so harum dan rasa macam tempek timun kat muka
>harga tak mahal cuma rm 4.90 rasanya.kalau salah jangan pukul Aku okay
>boleh tahan untuk sebulan
>rasa bersih jer all day
>budak yang baru nak cuba pakai pencuci muka tu elok sangat guna ni sebab harga dia pun tak mahal. sesuai dengan bajet budak sekolah. makcik yang tua pun boleh pakai sebab ianya tak menipiskan serta memedihkan serta menggelupaskan kulit. SELAMAT sangat
>kalau yang muka berminyak tuu tak padan guna yang ni sebab dia tak effectif sangat
>sesuai untuk orang yang ada kulit normal sebenarnya
>ada jugak effect keringkan kulit, bagi yang kulit kering tuu, Aku tak pasti tapi kalau korang nak cuba tuu try je la. Bukan Aku yang bayar untuk korang kan
>the best thing is dia memang selamat dan suci. Kurang bahan kimia. Buka takde ekk sebab semua jenis sabun ada bahan kimia.

>Tkder yang tak best. Bagi Aku biasa biasa saja. So kalau dia biasa biasa saja , why not kita tukar kepada yang luar biasa? Sapa tak nakk kulit muka mulus dan gebu kann ?

Nextt..

Ni yang Aku pakai first dalam sejarah hidup Aku. Masa Aku darjah 6. Masa tuu jerawat tumbah dengan hebat. HAHA. Dont worry Aku memang dah ada pakwe walau ada jerawat but ada jerawat tak bermaksud ada boyfriend. Ini semua poyo je.



HAHA jeng jeng jeng. Korang yang budak baru mesti tak pernah tengok kan. Aku guna hanya pencuci muka . Iaitu pencuci muka jenama Ivy Mutiara Pearl White. Aku pakai mase darjah 6 dan sekarang ni Aku dah umur 18. HAHA pearl white la konon. Sebab kan benda ni jerawat Aku tumbuh lagi banyak. Jom review produk nih

2) Review pasal Pencuci Muka Ivy Mutiara Pearl White.

>mula mula pakai rasa panas kat atas lapisan kulit muka
>tapak tangan rasa panas (menandakan produk tersebut ada bahan kimia yang kuat)
>rasa rengsa di atas lapisan kulit
>bau dia macam susu kambing macam produk shurah
>harga tak ingat sebab dah lama beli dan pakai.maybe kurang daripada rm10
>lepas beberapa hari pakai,Aku stop terus. tak tahan rasa pedih
>nasihat Aku kalau korang nak beli pencuci muka.takyah beli yang ni. Kalau korang nak habiskan duit demi dapatkan muka hodoh, sila beli yee.

Dan seterusnya..

Nahh.. yang ini nama nya Tracia Teen. Sekarang ni packing dia kaler oren. Yang dulu packing kaler hijau. Semua dah tukar baru. Syabas tracia teen. Aku pakai masa darjah 6 gak.lepas yang sebelum ni tak jadi..Aku cuma nak tunjuk brand je,Yang kaler oren ni Aku tak tahu macam mana sebab tak pernah pakai. Aku pakai yang hijau. Jom review produk nie

3) Review Pencuci Muka Tracia Teen versi kaler hijau:

>lembap ! bau dia macam teh hijau. I like !
>sesuai untuk kulit normal
>tekstur pencuci muka + toner + pelembap sangat ringan
>orang yang muka berminyak tak digalakkan pakai sebab Aku pakai dulu, muka Aku jadi berminyak biarpun Aku baru darjah 6 mase tuu.


Hati Hati Dgn Cinta Palsu

                                              

Ok guys, Aku ada something nak share. Seiring dengan peredaran masa, Cinta pun dah bertukar fesyen. Yup ! bagi yang lelaki tuu korang jangan sedap duduk okay. Aku akan kupas sikit sikit rahsia korang. Well girls, mari kita tengok macam mana permainan orang lelaki ni. This is about my experience as a Boy Girl.

Lelaki zaman ni suka mintak no fon. Percaya takk? kalau yang pernah kena tuu mesti dah lali dah. Dulu masa Aku kecik, kalau budak lelaki mintak no fon, memang serius dia suka dan nak usha kita. But zaman dan cinta makin maju. So mintak no fon tu bukan tanda dia nak usha kita. Just lebih kepada saja saja. HAHA. 

Kalau budak pompuan yang dia mintak no tuu tk kasi nom fon kat dia, dia akan usha sampai dapat. Di sini korang akan nampak sketsa yang boleh buat korang termuntah hijau. Boys akan kasi ayat power sampai gadis tu kasi no fon. 

But kalau perempuan tuu kurang cantik but jual mahal, boys tuu akan usha semampu yang boleh but kalau girl tuu tak bagi, he will says, lantaklah,aku tak heran pon. HAHA, so jadi cantik memang bertuah. But semua orang pompuan memang cantik. Especially Aku. kihkih

Dan korang masih ingat tak suatu ketika dulu, ada satu trend iaitu kasi no fon awek or mamat hensem kat kawan dan member member. korang ingat lagi takk? sekarang ni tak der yang macam tuu dah, Yang main tembak tembak no fon pun dah takde. Hah? ke manakah diorang semua ni pergi? Pencen kah?

Boys semakin hari semakin gediks. Bukan pompuan saja yang gediks. But memang Aku perasan la, musim sekarang ni, kebanyakan boys memang gediks. Adakah ini yang dikatakan kebangkitan lelaki?HAHA. Mentang mentang la orang pompuan ramai sekarang ni. But If someone wants me as his partner, they must royal as I did.

Dan Aku memang benci giler boys yang ada facebook tapi salah guna. Camne? Diorang yang kesepian dan tak laku tuu pergi hendap girls yang mereka nampak cantik yang sedang online. Kebengongan mu terserlah lah. Kalau tak kacau Aku, memang Aku tak heran. Dan yang satu lagi, kalau korang rasa bosan , pergi tegur kawan kawan kau yang online. Aku tahu kau tak hensem tapi jangan jual murah okay. Aku bukan lebih kan orang yang hensem but You must realise who you are.

So bertepatan dengan post kali ni iaitu hati hati dengan cinta palsu. Thats means boys yang macam karipap ni korang tak patut jadikan boyfriend lebih lebih lagi suami. Diharamkan Patut dielakkan. Dan Aku nak cari boyfriend yang takder facebook. Ade ker? 

Orang yang suka mainkan hati wanita tuu takkan pernah serius dalam hubungan. Thats why mereka walau ada makwe/pakwe, diorang still hantar chat or msg kat ore lain. Yang sama jantina tuu takpe. Kalau just nak tanya homework or something important tu dimaafkan. But if diorang gediks semacam. Dan Aku cuma nak pesan , Girls, you better beware.

Sebab mereka semua ni dah ada teman. Korang tu tempat mereka hilangkan bosan. So jangan sesekali beri muka pada lelaki seperti ini. Never ! Dan orang lelaki jahat macam ini tak layak nak dapatkan cinta kita. That is a better person out there. Kalau korang nak cari boys yang hanya untuk suka suka, just go with the flow ,but jangan menyesal jika korang dah jatuh hati kelak. Sebab hati manusia memang mudah menaruh harapan ,terutamanya wanita.

Kita kalau nak couple, kene cari atas dasar nak bina masjid kelak. Untuk dijadikan pasangan hidup. Kalau korang tak bersedia untuk semua tu, cakap terus terang yang korang nak kawan saja dulu. Not couple. But why?? Ini yang penting, bila a couple tuu couple, mesti salah sorang tuu menaruh harapan pada pasangan nya. Sedangkan yang sorang lagi tu just main main jer. Tak adil kan? Bercinta selepas nikah lebih baik sebenarnya. 

Yaa Aku memang admit yang Aku pernah dikecewakan dan mengecewakan. Biarlah ia sebagai kenangan. So kita jangan biarkan diri dikecewakan oleh boys yang kurang asam keping, dan bila kita dah serius nak menjalinkan hubungan, kita jangan yer kecewakan orang. Tak baik. Sebab tu kita kena pikir panjang sebelum terima lamaran couple tu. 

Sebab ia bukan benda main main. Bukan lamaran meminang dan nikah je penting, yang ni pun penting. Kita kena serius dalam semua perkara. Mana tahu apa yang kita buat tu menyakitkan hati orang. Who knows?