Monday 1 April 2013

Krim Muka


Kali ni Aku nak share sikit pasal krim muka. Yang kat atas tu cuma gambar hiasan. HAHA. Aku terfikir nak beli yang ni nanti mungkin minggu depan. Yes namanya Krim Pelembap Muka Garnier Aqua Defense. Ada ekstrak epal .
But Aku nak share kat korang ni pasal krim muka yang Aku pernah pakai sejak Form 1. Yang first adalah yang ni. Namanya Krim Muka Garnier Light
Haa yang ni Aku beli mase dia first keluar di Malaysia. Mase tu Aku tahun 2008 dan Aku Form 1. Harga dia masa tuu rm 36. Wow mahal kan? But sekarang ni dia dah murah. Actually dia murah selepas beberapa bulan dia keluar. Biasa la produk mesti mula mula keluar mesti mahal. Kebaikan Krim Muka Garnier Light Oil Control ni :
>rasa light sangat, kurang berminyak bukan tak berminyak. remember that.
>bau dia harum macam bau Aku  Lemon. I Like it.
>harga sekarang rm 16.90
>tekstur ringan, botol dia pun ringan jer. mudah di bawa ke mana-mana.

Keburukan Krim Muka Garnier Light Oil Control ni :
>bila pakai berjam jam or berhari hari dia still rasa sticky bila muka kita terkena air. Or we can said that krim ni tak meresap kat muka. Dia just cover our skin. Thats good but bayangkan kalau kita pakai, and then nak ambil wuduk ker or terkena air hujan bila keluar rumah, tak ke rasa melekit dan tak selesa.
                                              
Nak beli or takk terpulang kepada korang. Bukan Aku yang bayar. Kahkahkah. The next one is
Aku pakai ni mase Aku Form 3. Jom review sikit pasal Krim Pencerah Muka Fair And Lovely Multi Vitamin ni yaa. Kebaikan krim ni ialah :
>bau wangi tapi takk lah wangi sesangat.
>harga yang murah, sesuai untuk pelajar sekolah. kira krim bajet la. rm7.90
>bila pakai tu rasa macam tak berminyak jer muka.sesuai untuk kulit yang berminyak sebab krim ni memang tak berminyak.

Keburukan krim ni:
>tak fair langsung pun. lovely tu memang dah lovely,
>bila pakai krim ni, peluh di atas hidung keluar dengan banyak nya.
>bau dia agak kuat. Aku lebih suka krim tanpa wangian.

Lagi krim yang Aku pakai ialah..
haa dlu krim ni kaler oren packing dia. Nama krim ni Krim Pencerah Fair and lovely Anti Marks. Review jom. Kebaikan krim ni ialah:
>bau nya tak kuat sangat.
>lembut pada kulit. tak rasa panas macam krim pencerah yang lain.
>harga yang murah. rm7.90 sahaja. sesuai untuk pelajar sekolah

Keburukan krim ni:
>tak ada peningkatan pun, parut jerawat Aku mase tu masih ada, sekarang dah takde dah, tapi memang tak berkesan masa Aku guna mase Form 3 ni.
>membuat kan bahagian atas hidung anda kuat berpeluh

Pastu Aku pakai yang ni..
                                                 
Krim ni Aku pakai mase Form 3. Nama krim ni Krim Pencerah Garnier Light Gentle. Krim ni memang bagus.Kebaikan dia:
>memang takde bau, so tak la alahan bagi sesiapa yang ada alahan pada bau. But memang best sebab dia natural je.
>memang light dan gentle. tak tipu pun.
>harga berpatutan rm16.90 semua orang mampu memilikinya, Haaha
>tak berminyak bila pakai tak macam yang satu lagi tu Krim Pencerah Garnier Light. Tapi dia ni ada ciri ciri yang sama macam yang Alu cakap tadi,Kebaikan Krim Muka Garnier Light Oil Control ni :
>rasa light sangat, kurang berminyak bukan tak berminyak langsung
>harga sekarang rm 16.90
>tekstur ringan, botol dia pun ringan jer. mudah di bawa ke mana-mana.

Keburukan Krim Muka Garnier Light Gentle ni :
>bila pakai berjam jam or berhari hari dia still rasa sticky bila muka kita terkena air. Or we can said that krim ni tak meresap kat muka. Dia just cover our skin. Thats good but bayangkan kalau kita pakai, and then nak ambil wuduk ker or terkena air hujan bila keluar rumah, tak ke rasa melekit dan tak selesa.

Next.. Next..
                                                   
Haa ni nama dia Pelembap Muka Safi Sari Gamat. Aku pakai ni masa Aku form 4 rasa. Tak berapa ingat. Okay kita review produk ni yaa. Kebaikan krim ni ialah:
>kurang sangat bahan kimia.
>memang lembut pada kulit.
>Bau wangi macam bau gamat haha. macam la Aku pernah cium bau gamat laut.
>murah sesangat. dahla elok. rm 6.90
>muka berseri dan cerah sedikit selepas pakai. Tapi ni bukan krim pencerah. Ianya krim pelembap sahaja.
>Memang lembap. Sesuai untuk kulit jenis kering
>Aku suka packing dia. dahla besar, murah lak tuu. memang light sangat. Aku suka semua produk Safi !

Keburukan krim ni ialah:
>agak berminyak sedikit. Sedikit je atau hampir tak berminyak langsung
>Tak mencerahkan, Memang la, ini bukan krim pencerah.

The Next one is..
Yupp Aku pakai ni mase Aku Form 4 dn Form 5.. Dulu Aku tak berapa suka sangat krim ni semua. Bila besar Aku baru rasa suka. Well biasa la , siapa yang tak nak kulit muka mulus dan gebu kan. Nama dia ni Pelembap Safi Sari Mentimun. Memang ciri-ciri dia macam yang Aku cakap kat Pelembap Safi Sari Gamat gak.. Keburukan dia pun macam tu jugak.Kebaikan krim ni ialah:
>kurang sangat bahan kimia.
>memang lembut pada kulit.
>Bau wangi macam bau gamat haha. macam la Aku pernah cium bau gamat laut.
>murah sesangat. dahla elok. rm 6.90
>muka berseri dan cerah sedikit selepas pakai. Tapi ni bukan krim pencerah. Ianya krim pelembap sahaja.
>Memang lembap. Sesuai untuk kulit jenis kering
>Aku suka packing dia. dahla besar, murah lak tuu. memang light sangat. Aku suka semua produk Safi !

Keburukan krim ni ialah:
>agak berminyak sedikit. Sedikit je atau hampir tak berminyak langsung
>Tak mencerahkan, Memang la, ini bukan krim pencerah.

Dan the last one is..
                                               
Yang ni last dan Aku tengah pakai sekarang. Nama dia Krim Kecantikan Safi Sari Mentimun. Aku pakai mase Aku Form 5, tahun lepas. Mama Aku dan kawan-kawan yang rekomen kan. Aku sekarang 18 tahun dan masih lagi pakai ni. Memang elok. Kebaikan :
>mencerahkan walau bukan krim pencerah.
>botol kecil senang nak pegang
>harga rm6.90 murah giler
>macam foundation dan saya pakai nya sebagai krim asas dan concealer. pastu pakai bedak. memang kulit nampak dan rasa gebu dan cerah. Haha.
>tak padan dengan harga murah, memang elok takde bahan kimia merbahaya.
>soft pada kulit. pakai kejap jer dah nampak hasil nya
>bau dia wangi macam bau mentimun, I love it

Keburukan dia:
>ada rasa melekit sikit tapi lepas pakai tu korang kena pakai bedak tabur lepas tuu, muka korang akan wink wink memang cerah berseri halus gebu cute dan seangkatan dengan nya. memang tip top. Wow. Haha memang kawan kawan Aku yang sekolah rendah dah tak cam Aku lagi dah sebab memang berubah dan berbeza. Dulu memang dah cantik dan cute tapi sekarang ni tersangat lebih cantik dan cute. K babai. Letih tau menaip !

Sunday 31 March 2013

Pencuci Muka

                                                     
HAHA. Aku tak pernah pakai pun yang Pencuci Muka Safi Mentimun. Pernah jugak , itu pun Aku pakai yang adik Aku punya. Tapi ini bukan pencuci muka first yang Aku guna, but ini pencuci muka first yang Mak Sedara Aku rekomen kan kat Aku .Tapi Aku tak pakai pun masa tuu. Aku pakai masa tingkatan 2 dan sampai sekarang. But itu bukan Aku punya. Aku cilok yang adik Aku punya sebab Aku saja nak try kat muka.. Kenapa? Sebab masa dia rekomen tu, Aku baru darjah 5 yaa. Dan masa tuu Aku tak der jerawat lagi. Yang Aku komen ni berdasarkan kulit Aku sebab Aku dah try. Kulit orang lain Aku tak tahu. Nak tahu try sendiri.

1) Review pasal Pencuci Muka Safi Mentimun hijau.

>first pakai dia rasa tak berminyak
>bau dia macam bau mentimun, so harum dan rasa macam tempek timun kat muka
>harga tak mahal cuma rm 4.90 rasanya.kalau salah jangan pukul Aku okay
>boleh tahan untuk sebulan
>rasa bersih jer all day
>budak yang baru nak cuba pakai pencuci muka tu elok sangat guna ni sebab harga dia pun tak mahal. sesuai dengan bajet budak sekolah. makcik yang tua pun boleh pakai sebab ianya tak menipiskan serta memedihkan serta menggelupaskan kulit. SELAMAT sangat
>kalau yang muka berminyak tuu tak padan guna yang ni sebab dia tak effectif sangat
>sesuai untuk orang yang ada kulit normal sebenarnya
>ada jugak effect keringkan kulit, bagi yang kulit kering tuu, Aku tak pasti tapi kalau korang nak cuba tuu try je la. Bukan Aku yang bayar untuk korang kan
>the best thing is dia memang selamat dan suci. Kurang bahan kimia. Buka takde ekk sebab semua jenis sabun ada bahan kimia.

>Tkder yang tak best. Bagi Aku biasa biasa saja. So kalau dia biasa biasa saja , why not kita tukar kepada yang luar biasa? Sapa tak nakk kulit muka mulus dan gebu kann ?

Nextt..

Ni yang Aku pakai first dalam sejarah hidup Aku. Masa Aku darjah 6. Masa tuu jerawat tumbah dengan hebat. HAHA. Dont worry Aku memang dah ada pakwe walau ada jerawat but ada jerawat tak bermaksud ada boyfriend. Ini semua poyo je.



HAHA jeng jeng jeng. Korang yang budak baru mesti tak pernah tengok kan. Aku guna hanya pencuci muka . Iaitu pencuci muka jenama Ivy Mutiara Pearl White. Aku pakai mase darjah 6 dan sekarang ni Aku dah umur 18. HAHA pearl white la konon. Sebab kan benda ni jerawat Aku tumbuh lagi banyak. Jom review produk nih

2) Review pasal Pencuci Muka Ivy Mutiara Pearl White.

>mula mula pakai rasa panas kat atas lapisan kulit muka
>tapak tangan rasa panas (menandakan produk tersebut ada bahan kimia yang kuat)
>rasa rengsa di atas lapisan kulit
>bau dia macam susu kambing macam produk shurah
>harga tak ingat sebab dah lama beli dan pakai.maybe kurang daripada rm10
>lepas beberapa hari pakai,Aku stop terus. tak tahan rasa pedih
>nasihat Aku kalau korang nak beli pencuci muka.takyah beli yang ni. Kalau korang nak habiskan duit demi dapatkan muka hodoh, sila beli yee.

Dan seterusnya..

Nahh.. yang ini nama nya Tracia Teen. Sekarang ni packing dia kaler oren. Yang dulu packing kaler hijau. Semua dah tukar baru. Syabas tracia teen. Aku pakai masa darjah 6 gak.lepas yang sebelum ni tak jadi..Aku cuma nak tunjuk brand je,Yang kaler oren ni Aku tak tahu macam mana sebab tak pernah pakai. Aku pakai yang hijau. Jom review produk nie

3) Review Pencuci Muka Tracia Teen versi kaler hijau:

>lembap ! bau dia macam teh hijau. I like !
>sesuai untuk kulit normal
>tekstur pencuci muka + toner + pelembap sangat ringan
>orang yang muka berminyak tak digalakkan pakai sebab Aku pakai dulu, muka Aku jadi berminyak biarpun Aku baru darjah 6 mase tuu.


Hati Hati Dgn Cinta Palsu

                                              

Ok guys, Aku ada something nak share. Seiring dengan peredaran masa, Cinta pun dah bertukar fesyen. Yup ! bagi yang lelaki tuu korang jangan sedap duduk okay. Aku akan kupas sikit sikit rahsia korang. Well girls, mari kita tengok macam mana permainan orang lelaki ni. This is about my experience as a Boy Girl.

Lelaki zaman ni suka mintak no fon. Percaya takk? kalau yang pernah kena tuu mesti dah lali dah. Dulu masa Aku kecik, kalau budak lelaki mintak no fon, memang serius dia suka dan nak usha kita. But zaman dan cinta makin maju. So mintak no fon tu bukan tanda dia nak usha kita. Just lebih kepada saja saja. HAHA. 

Kalau budak pompuan yang dia mintak no tuu tk kasi nom fon kat dia, dia akan usha sampai dapat. Di sini korang akan nampak sketsa yang boleh buat korang termuntah hijau. Boys akan kasi ayat power sampai gadis tu kasi no fon. 

But kalau perempuan tuu kurang cantik but jual mahal, boys tuu akan usha semampu yang boleh but kalau girl tuu tak bagi, he will says, lantaklah,aku tak heran pon. HAHA, so jadi cantik memang bertuah. But semua orang pompuan memang cantik. Especially Aku. kihkih

Dan korang masih ingat tak suatu ketika dulu, ada satu trend iaitu kasi no fon awek or mamat hensem kat kawan dan member member. korang ingat lagi takk? sekarang ni tak der yang macam tuu dah, Yang main tembak tembak no fon pun dah takde. Hah? ke manakah diorang semua ni pergi? Pencen kah?

Boys semakin hari semakin gediks. Bukan pompuan saja yang gediks. But memang Aku perasan la, musim sekarang ni, kebanyakan boys memang gediks. Adakah ini yang dikatakan kebangkitan lelaki?HAHA. Mentang mentang la orang pompuan ramai sekarang ni. But If someone wants me as his partner, they must royal as I did.

Dan Aku memang benci giler boys yang ada facebook tapi salah guna. Camne? Diorang yang kesepian dan tak laku tuu pergi hendap girls yang mereka nampak cantik yang sedang online. Kebengongan mu terserlah lah. Kalau tak kacau Aku, memang Aku tak heran. Dan yang satu lagi, kalau korang rasa bosan , pergi tegur kawan kawan kau yang online. Aku tahu kau tak hensem tapi jangan jual murah okay. Aku bukan lebih kan orang yang hensem but You must realise who you are.

So bertepatan dengan post kali ni iaitu hati hati dengan cinta palsu. Thats means boys yang macam karipap ni korang tak patut jadikan boyfriend lebih lebih lagi suami. Diharamkan Patut dielakkan. Dan Aku nak cari boyfriend yang takder facebook. Ade ker? 

Orang yang suka mainkan hati wanita tuu takkan pernah serius dalam hubungan. Thats why mereka walau ada makwe/pakwe, diorang still hantar chat or msg kat ore lain. Yang sama jantina tuu takpe. Kalau just nak tanya homework or something important tu dimaafkan. But if diorang gediks semacam. Dan Aku cuma nak pesan , Girls, you better beware.

Sebab mereka semua ni dah ada teman. Korang tu tempat mereka hilangkan bosan. So jangan sesekali beri muka pada lelaki seperti ini. Never ! Dan orang lelaki jahat macam ini tak layak nak dapatkan cinta kita. That is a better person out there. Kalau korang nak cari boys yang hanya untuk suka suka, just go with the flow ,but jangan menyesal jika korang dah jatuh hati kelak. Sebab hati manusia memang mudah menaruh harapan ,terutamanya wanita.

Kita kalau nak couple, kene cari atas dasar nak bina masjid kelak. Untuk dijadikan pasangan hidup. Kalau korang tak bersedia untuk semua tu, cakap terus terang yang korang nak kawan saja dulu. Not couple. But why?? Ini yang penting, bila a couple tuu couple, mesti salah sorang tuu menaruh harapan pada pasangan nya. Sedangkan yang sorang lagi tu just main main jer. Tak adil kan? Bercinta selepas nikah lebih baik sebenarnya. 

Yaa Aku memang admit yang Aku pernah dikecewakan dan mengecewakan. Biarlah ia sebagai kenangan. So kita jangan biarkan diri dikecewakan oleh boys yang kurang asam keping, dan bila kita dah serius nak menjalinkan hubungan, kita jangan yer kecewakan orang. Tak baik. Sebab tu kita kena pikir panjang sebelum terima lamaran couple tu. 

Sebab ia bukan benda main main. Bukan lamaran meminang dan nikah je penting, yang ni pun penting. Kita kena serius dalam semua perkara. Mana tahu apa yang kita buat tu menyakitkan hati orang. Who knows?

Monday 25 February 2013

Cara Nak Buang Subscribe Atom

Kita mesti perasan yg kat paling bawah blog kita ada tulis *Subscribe by Atom* . Kita rasa macam tk perlu je benda tuu. Nak buang ? boleh ..
1. Login Blogger > Template > Edit HTML > click Expand Widget
2. Cari kod kat bawah dengan menggunakan Ctrl+F
           <!-- Blog feed links -->
3. Korang akan jumpa macam ni :
        <b:if cond='data:blog.pageType != "item"'> <!-- Blog feed links --><b:if cond='data:feedLinks'>
<div class='blog-feeds'>
<b:include data='feedLinks' name='feedLinksBody'/>
</div>
</b:if>
4. Sila padam yg Aku highlights tuu. 
5. Save dan view la. Tadaa. dh pun selesai. 

Cara nya

Ctrl+F mudahkan pencarian

Apa tuu fungsi Ctrl+F ??

Dia nie kita boleh guna masa kita nak cari suatu perkataan dalam ayat yg panjang. Nak check satu-II mesti boleh sakit mata. Apatah lagi perkataan yg kita nak cari tuu hanya dua atau tiga huruf sahaja macam *dua* , *kaki* .

Macam mana nak guna ?? 

mudah je. tekan butang Ctrl serentak dengan butang F . Dan korang boleh taip perkataan yg korang nk cari. Dia berfungsi macam kotak search lhaa. Memang pun.

Selamat try ye .HEHE :*

Tutorial 3 : Terdelete Blog Achieve

Don't worry. Jangan panik ye sayang. Memang boleh :pulihkan: semula. Boleh dapat balik.

Ok First:

Pergi ke Layout

2. Then klik Add widget. 

Tk jumpa kat mane ? Tengok elok-II di susun atur belog tuu. Pastu korang klik Basics 

3.Then search kat situ. Mesti jumpa. Biasa nya bahagian Basics tuu ada 2 pages. Tengok kat pages 2 pulak.

So sekarang dah dapat balik Blog Achieve tuu . Jaga elok-II tau benda tuu. Kalau terdelete, datang tengok tutorial ni lagi ye . HUHU :*

Tutorial 1 : Saving Energy Belog


Check This Out
Hanya Screen Saver :dan amatlah membahayakan:*gurau jer*

Edit HTML and then Cari code :



<head>


3. Kalau dah jumpa code itu , copy code di bawah dan paste di bawah code yang telah dicari .


<script language="javaScript" type="text/javascript" src="http://www.onlineleaf.com/savetheenvironment.js"></script>



 Tunggu beberapa saat . Jangan gerakkan mouse korang dan Ia akan menjadi seperti gambar :hitam: kat atas.

Mesti dan HARUS buat kat belog korang . Memang jimat tenaga :tenaga solar , biomass , angin ke hape:, Yang penting kena tolong jaga elok-II Bumi comel kita nie kan. Tiru macam Aku Ok?


---> http://onlinelife.com/ <---

Sunday 24 February 2013

Tutorial 2 : Cara Remove Bottom Scroll Bar di Blog

1  Login Blogger / Google+
2  Layout > Klik Edit HTML
3  Klik / tick Expand widget
4  Cari kod berikut  :

         ]]></b:skin>

Tekan Ctrl+F dan paste kod tersebut untuk memudahkan carian.

5  Setelah anda jumpa kod tersebut, COPY and PASTE kod di ini sebelum / atas kod tadi :

          html {overflow-x: hidden;}

p/s : buat camni ek :


html {overflow-x: hidden;}
]]></b:skin>

   <b:template-skin>



6  Save je lah dan masalah selesai ! Alhamdulillah :D

Saturday 23 February 2013

Aku Dalam Dunia Aku

Lagi ape yang korang nak tahu pasal Aku ? Oh Oke Aku boleh jelaskan. Aku memang tk suka benda leceh :pelik ker sikap camni?: Then Aku memang tk boleh nak duduk semeja , sekerusi or segroup dengan orang yg Aku rasa tk sebulu . Last-II Aku senyap and akan nampak pelik . So akan ada lah mulut-II itik yg bertanya kenapa Aku senyap. Last-II Aku kena bagi jawapan yg memang tentu-II nya Fake. Aku biasa nye cakap yg Aku boring. Kalau boleh Aku nak jerit dalam lubang telinga diorang yg Aku memang menyampah dengan diorang. Ape salah diorang? :Tk salah, Aku yg salah sebab buat diri Aku :terjebak: dengan diorang . So this is Secret . Jaga elok-II tau . 

Tips 1 : Aku Suka Shopping

Memang . Kalau Aku tk dapat shopping tk per asal dapat window shopping pun jadi la. Aku nie bukan nya suka sangat membazir . And kalau korang nak tahu Aku nie agak kedekut . Tapi bila Aku dah mula shopping , memang boleh habis duit seratus dua . Tk banyak yg habis? Memang  la sebab Aku agak kedekut :untung lar sape yg dapat kawin dengan Aku,tk banyak habis duit bila shopping: :ceh ye la tuu kan:

BF Pertama Aku

Hmm camne nak jelaskan kat korang ek . Korang rasa pelik tak kalau Aku cakap yg Aku ada Bf mase Aku Form 3 .Macam mana ini berlaku ? Wah nak tahu jugak dia kan. Sabar-II Aku memang nak kasi tahu . Kalau tk, tk kan Aku nak tulis sini . Ada yg tk patut Aku kasi tau ,Aku tk kan bagitau . Sekarang nie kitaorang dah tkde pape . Dah tk bercinta and tk kawan . :jangan nak tanya kenapa,nanti Aku cubit pipi tuu kang: Ok mase Aku Form 3 tuu Aku dah start jadi feminie balik :bukan sebab gedik ok:. Lagipun mase tuu Aku bertambah comey . Dah tk comot lagi dah. But Aku bukan ada ramai peminat.

Mula-II Aku suka perhati dia. Then ....ttuuuuuuuuuuuuuuutt.... :ada yg private Aku tk dapat citer. Ini permintaan kawan tepi rumah Aku tuu: But.. Aku tak sangka panas hingga ke petang , rupanya hujan di tengah hari . Dia ada makwe lain . Dia  kencing  curang !.Oh great ! First time couple, dah kena kencing  curang :kesian ishk ishk: But Life Must Go On . Aku ada la kenal beberapa orang lepas clash ngan dia. Opps lupa nak kasi tahu nama dia S********. Dia pun tk lama couple ngan pompuan tuu. Tapi korang jangan marah kat pompuan tuu sebab memang padan la muka diorang. But ada hikmah nya. Sekarang nie Aku and budak pompuan tuu dah rapat. Kitaorang bergabung tenaga menubuhkan 'Kelab Janda Ex Gf Mr.S' :hah yg nie Aku reka-II citer sikit nak kasi mantop Aku punya citer.

Aku Dah Jatuh Cinta

Ya . Ya dan Ya . Memang Aku rasa Aku dah jatuh cinta . Kat sape  ? Hello nie bukan ask.fm yg korang boleh tanya sesuka hati .  But Aku boleh nagi hint sape yg Aku suka . Orang nya not bad hensem , putih kiut lagi . And then yg penting dia romantik . Kenapa romantik ? :nak bagitau yg nie BUKAN ask.fm ok?: But dah terr-cerita .Nama dia A**** . Tk leh kasi tau nama penuh .Nape Aku suke sangat ngan mamat nie ?

First dia memang Cute . Kalau yg pompuan tengok mesti cair. But dia nie sempoi and comot . Ala-II macam Aku lah kan. Dia romantik . Haha nie Aku nak bagitau tapi yg pompuan jangan nak jelous. Aku ingat nak citer kat ruangan darjah 5 .Mase tuu Aku darjah 5 . Aku still ingat mase tuu 2 3 hari nak exam PAFA . Budak-II sekolah kalut nak susun kerusi meja . Sepupu Aku dah lame kenal dia . Dia kawan dengan abang sepupu Aku tuu . Then dia kacau Aku. :Aku admit yg Aku tomboy sikit  tk feminine sangat mase tuu.Ok tapi korang jangan sesekali pikir yg dia kacau Aku macam yg korang biasa tengok budak lelaki kacau budak pompuan . Kitaorang LAIN sikit. Dia ada sepak and tarik tudung Aku.

Memang Aku rasa annoying sangat. :mase tuu Aku tk der perasaan lagi kat dia: So Aku memag komfem balas bila dia sepak Aku. Kan Aku dah cakap yg Aku memang tomboy kurang feminine. Memang seronok lah dapat gurau camtuu tapi jauh dalam hati Aku, Aku memang nak dia layan Aku elok-II. Tapi yg romantik and Aku tk leh lupe ,dia ada hantar surat cebisan kertas kecik kat Aku. Wah korang mesti nak tahu kat mane kertas tuu berada kan? Jawapannya dah hangus. Aku dah bakar mase Aku kemas barang prepare nak pegi sekolah baru mase Form1 . Sedih? Memang sedih. Menyesal bakar. Kalau ada lagi,komfem Aku peluk mase nak tidur :huhu nak peluk tuan punya badan memang tk leh la kan,tk kawin lagi:

Darjah Dua Aku Yang Kelakar

Ok mase nie Aku naik darjah 2 . Kelas Aku mase tue 2 A . :oh lupe nak bagitau korang yang setiap batch ada 3 kelas jer .Kelas A , B dan C : Mase nie pun kitaorang tk belajar sangat. Budak-II pegi sekolah nak ada kawan jer. Aku nak citer sikit pasal ada sorang Cikgu tuu kan mase tuu Aku ingat dia relief kelas Aku , and then dia selamber jer tidor atas kerusi dalam kelas. Dan Aku mase tuu dah ada geng :Aku masuk geng budak glemer.huhu perasan: Nama ketua geng kitaorang tuu Nur *qilah . Dont worry Aku bukan jadi pak turut dia sebab Aku kira macam assistant dia ,hebat tak ?

Pasal Cikgu tuu :mase tuu femes sangat game gorek crayon and then cincang dengan pembaris . Ok apa korang pikir ? Aku mengaku Aku and Qilah pegi tabur atas kasut Cikgu tuu :nama Cikgu dirahsiakan atas permintaannya:

Darjah Satu Aku Memang Comot

Aku start tadika mase Aku stay kat Jeli . Mase tu Ayah Aku kerja kat Jeli. Nama tadika tuu Tadika Kemas Jeli Dalam . Hah kuno comel kan nama tadika tempat Aku belajar tuu? Next year lepas tuu Aku masuk darjah 1 . Nama sekolah rendah Aku yg first Sek.Keb Jeli 1 . Kenapa Aku cakap sekolah first? Sebab Aku memang banyak pindah . Aku malas nak tulis panjang-II but nak bagi korang tahu pasal Aku , tkpe Aku tulis but ada yg Aku tk patut bagitau Aku tk tulis lhaa.

Mase bulan 8 Ayah kesayangan Aku terpaksa pindah tempat kerja kat Pasir Mas . So Aku kena pindah Rantau Panjang :dekat sikit dengan rumah Atuk dan Nenek: SO Ayah Aku daftar Aku sekolah kat rumah . Nama sekolah tuu Aku still ingat lagi coz memang banyak sangat kenangan :hehe: . And kat sini jugak Aku jumpa  Cinta Pertama aka Cinta Monyet  kawan Lelaki Aku yg first. Korang jangan ingat Aku gedik ke hape . Ok mase tu Aku masuk kelas 1 A . Mase tuu dah bulan 8 . Akhir bulan dah . Aku pulak baru masuk , terkinja-II cari kawan baru . Ada masalah lah sikit coz Aku nie agak pendiam :tapi kalau orang tegur Aku dulu Aku memang jadi banyak cakap:.


Meja Aku tepi budak pompuan yg jugak ketua kelas Aku. Dia nie anak cikgu sekolah tuu. Memang bangga kalau kita ada mak , kakak saudara, nenek yg jadi cikgu di sekolah kita belajar Nama dia Nad***** .:maaf nama orang dalam citer Aku nie agak secret so korang paham-II je la. Nad nie macam Queen la dalam kelas baik. Dia yg first tegur Aku. Then kitaorang gaduh .Aku cabut pergi duduk meja lain. So kat situ Aku kenal ramai lagi kawan. Tiga budak pompuan yg duduk meja dekat meja Aku tuu nama dia seingat Aku la kan Syaz*** , Tg Sya***** , dan Siti Fat**** . Dan Aku still tk lupa pada budak lelaki hensem duduk depan Aku :tk bermakna Aku nak kat dia ye: Nama dia Has*** dan sorang lagi E-one. Has nie dudk depan Aku . :Oke-II memang Aku mengaku sejak Aku mula masuk kelas tu Aku memang asyik tengok dia.Dia memang comel walau agak gelap.


Kat sini jugak Aku jumpa sepupu Aku :oh Aku tk tahu yg Aku ada sepupu: Nama dia ***mimi . Aku mula kawan ngan Mimi. Aku kenal dengan ramai budak pompuan yg Aku ingat Nurul Nai** :dia nie BFF aku yg first oke: Sorang lagi Nur ***kirin . Kirin nie kawan Aku sampai Aku abes Form5 sekarang nie. Mase tuu Aku tk belajar sangat sebab Aku baru darjah 1 so kenal-II kawan jer :budak laen pun camtu jugak: Tapi Aku pandai . Exam selalu dapat 5 A . padahal Aku baru darjah1 . Hehe perasan kan ? Jangan jelous sudah. So Aku nak berhenti setakat nie dulu . Aku rasa nie je yg Aku boleh citer kat korang tentang Aku mase darjah 1 . Jangan sedih Ok? Nati Aku citer yg darjah2 pulak .Komfem korang mesti nak dengar kan? yg nie memang tk lha lucu sangat tapi Aku sure korang tk menyesal baca.


Hah dah baca tu tk reti-II nak follow? Follow ker tinggal jejak ke hape. Baru Aku rasa dihargai .Nati baca kisah Aku yg darjah 2 pulak Ok my dear Sweet Stalker sekalian :*

Yezz ! Aku Dah Pandai Tulis Belog

Aku dah pandai tulis belog . Tk sangka . Lama dah Aku pasang angan-II sebab jelous tengok kawan-II , BFF , MakCik Pakcik semua ada belog . Aku dulu tk lah pandai sangat . Aku belajar sikit-II . Ok tk nak cerita panjang pasal nie .